Thursday, November 26, 2009

Selamat Tinggal Cikgu Ainol dan Cikgu Naemah

Pada 18hb November yang lalu, kami guru-guru, staf serta murid-murid SK Pos Bersih telah mengadakan Majlis Perpisahan buat Cikgu Ainol Zurina yang dapat ditukarkan ke Sg. Petani. Namun begitu, majlis tersebut amat ringkas kerana persediaan dibuat pada saat-saat akhir.

Kami juga ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Cikgu Naemah yang juga dapat ditukarkan ke Manjung. Majlis Perpisahan buat beliau tidak dapat dibuat kerana berita pertukaran beliau kami dapat tahu semasa cuti sekolah. Apa-apa pun kami ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Cikgu Ainol dan Cikgu Naemah. Semoga hasrat untuk menjadi pendidik dapat dilaksanakan sepenuhnya walau di mana pun anda berada. Akhir kata, jangan lupakan kami di sini.

Di sini diletakkan sedikit gambar-gambar kenangan Cikgu Ainol dan Cikgu Naemah sepanjang perkhidmatan mereka di SK Pos Bersih.


Saturday, November 21, 2009

Hari Anugerah SK Pos Bersih

Pada 12 Nov yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Anugerah SK Pos Bersih. Persiapan rapi telah dilakukan oleh semua guru dan staf bagi memastikan majlis berlangsung dengan lancar. Bukan setakat menyiapkan tempat dan acara, murid-murid juga telah dilatih untuk membuat persembahan pada majlis tersebut. Begitu semangat sekali murid-murid berlatih. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar.


Persembahan murid-murid PraSekolah yang dibimbing oleh Cikgu Suhaila dan pembantunya, Cik Zaemah.




Friday, August 7, 2009

Gambar Lawatan ke Kuala Lumpur tajaan Sime Darby

Lawatan ke Petro Sains, KLCC
Pertama kali naik LRT

Guru Besar bergambar bersama Hang Tuah


Malam di Dataran Merdeka



Terima kasih daun keladi Sime Darby!!




Tuesday, June 9, 2009

Gambar-gambar lawatan DYMM Sultan Perak ke SKPB(7/3/09)

Sesi bergambar bersama Tok Batin

Guru-guru SKPB bersama pegawai dari Pejabat Daerah


Sultan melawat makmal komputer sekolah

Monday, June 1, 2009

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Cikgu Daan

Pada 30 Mei yang lalu telah diadakan majlis perkahwinan Cikgu Bah Daan di SKPB dan juga di rumah bapa mentuanya di Pos Bersih.Tahniah kerana telah berjaya menamatkan zaman bujang dan juga berjaya memikat anak Yok Terbang(orang kuat Pos Bersih), Nabila. Semoga bahagia selamanya.InsyaAllah nanti akan dimasukkan gambar perkahwinan pasangan bahagia ini.

Perkembangan terbaru SKPB

Alhamdulillah, SKPB sekarang sudah ada kemudahan letrik.Semua guru, murid amat bergembira dengan kemudahan baru ini kerana tidak perlu lagi berpanas dan berpeluh-peluh semasa kelas. Murid-murid dan guru pun lebih selesa nak buat kelas tambahan. Yang terbaru, jalan ke Pos Bersih juga nampaknya sudah dalam proses diturap. Nampaknya bolehlah cikgu-cikgu bawa masuk kereta lawa-lawa lepas ni.Sebelum ni asyik bawa kereta "belasahan" je. SKPB pun dah naik gred. So harapnya dapatlah pertambahan guru nanti. Alhamdulillah....semoga SKPB akan terus maju.