Friday, July 11, 2008

SOAL JAWAB TENTANG SOLAT 2

Ketika pindah rumah dulu, saya tak tahu arah kiblat untuk solat. Saya pun pakai agak-agak je.Macam mana tu ustaz, sah ke tak sah?

Jawapan : Mengadap kiblat adalah satu perkara penting dalam solat melainkan dalam keadaan tertentu seperti ketika solat khauf dan ketika solat di atas kenderaan. Begitu juga orang yang tidak mampu mengadap kiblat kerana sakit atau diikat.

Dalam hal biasa, wajib mengadap kearah kiblat. Tapi kadang-kadang susah juga hendak mencari kiblat khususnya jika berada di kawasan baru.Sebenarnya banyak strategi bagi mendapatkan arah kiblat. Boleh digunakan kompas atau boleh bertanya jiran yang terdekat. Boleh juga dilihat arah kiblat masjid atau surau berdekatan.Tapi yang pasti arah kiblat di Malaysia adalah sebelah matahari terbenam bukan arah matahari terbit.
Apa pun hendaklah berusaha sedikit bagi mencari arah kiblat. Selepas berusaha dan solat lalu ternyata arah kiblat itu tidak tepat, Allah Maha Kaya lagi Maha Pengampun

Rujukan: Soal Jawab Remeh –Temeh Tentang Solat Tetapi Anda Malu Bertanya;
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

SOAL JAWAB TENTANG SOLAT

Saya terkentut selepas memberi salam yang pertama tetapi belum memberi salam yang kedua. Setahu saya rukun solat tu salam yang pertama, jadi sah atau batal solat saya tu?

Jawapan : Dalam bab kentut , sengaja atau tidak sengaja adalah sama hukumnya iaitu wuduk telah batal.

Maksud memberi salam ialah salam yang pertama. Salam yang pertama adalah rukun solat manakala salam yang kedua bukan rukun solat.Oleh itu, terkentut selepas salam yang pertama tidak memudaratkan solat.Yang mudaratnya ialah terkentut sebelum salam yang pertama. Oleh itu, solat terkentut itu sah. Jadi tak usahlah terus lagi bagi salam kedua. Cukup setakat salam pertama sahaja.