Friday, June 27, 2008

PERTANDINGAN PEMBINAAN BAHAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

Jenis-jenis pertandingan:

1) Pertandingan Pembinaan Bahan P & P berasaskan Power Point Kategori Sekolah Rendah dan Menengah
2)Pertandingan Penghasilan Klip Video Bahan P & P Kategori Sekolah Rendah dan Menengah
3)Pertandingan Penghasilan Klip Video Bahan P & P Kategori Pusat Kegiatan Guru
4)Pertandingan Pembinaan Laman Web Sekolah Kategori Sekolah Rendah dan Menengah
5)Pertandingan Penghasilan Fail Tegak Kategori Sekolah Rendah dan Menengah
6)Pertandingan Fotografi Bertema Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan PKG.
7)Pertandingan Penghasilan Kiosk PKG Negeri Perak Kategori Pembantu Tadbir PKG Negeri
Perak.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga pendidikan di sekolah-sekolah Negeri Perak.
Penyertaan tidak terhad. Semua penyertaan mestilah disertakan bersama dengan borang penyertaan rasmi dan hendaklah sampai ke Pusat Kegiatan Guru kelompok sekolah peserta pada atau sebelum 31 Julai 2008.

Setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan.
Pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah sepati berikut :

Pertama = RM 400.00 beserta sijil dan cenderamata
Kedua = RM 300.00 beserta sijil dan cenderamata
Ketiga = RM 200.00 beserta sijil dan cenderamata

Wednesday, June 25, 2008

SKPB hantar wakil untuk Kursus Blog


PKG Slim River telah mengadakan Kursus Penghasilan dan Pengurusan Blog pada 24 dan 25 Jun 2008. Seorang guru telah mengikuti kursus tersebut yang akhirnya menghasilkan laman blog SKPB ini.Terima kasih PKG Slim River dan En "DUN".

Kem Motivasi Cemerlang 2008



SKPB telah mengadakan Kem Motivasi Cemerlang pada 13 dan 14 Jun 2008. Bertujuan untuk memupuk semangat Kami Boleh Berjaya! di kalangan murid-murid Orang Asli. Kem telah dijayakan oleh guru-guru SKPB sendiri dengan diketuai oleh Cikgu Azahari. Kejayaan kem ini serba sedikit dapat dilihat pada perubahan sikap dan akhlak murid-murid terutamanya selepas mengikuti sesi Refleksi yang menginsafkan bukan sahaja kepada murid-murid tetapi juga guru-guru. Kita Boleh Berjaya!!

Minggu Bahasa Inggeris 2008


Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Minggu Bahasa Inggeris pada 1-4 April 2008.Antara aktivitinya ialah Video Show,Spell-It-Right,Treasure Hunt dan English Song Competition.