Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011: Tahniah SK Pos Bersih!

Keputusan UPSR pada tahun ini menunjukkan peningkatan yang sangat baik apabila GPS untuk SK Pos Bersih menurun dari 4.5 kepada 3.60 dengan 5 orang murid lulus semua matapelajaran berbanding hanya 2 orang pada tahun sebelumnya.Murid yang berjaya lulus semua matapelajaran ialah Topic bin Adnan, Nashelin a/p Sinan, Monika a/p Rashid, Ziana a/p Mansor dan Preity.Tahniah kepada semua murid Tahun 6 dan semua guru.

Hari Anugerah Kecemerlangan 2011








Program Hari Anugerah Kecemerlangan SKPB berjalan lancar pada hari ini (17 November 2011).Majlis dirasmikan oleh Prof. Dr Juli Edo dari Universiti Malaya. Beliau merupakan salah seorang penduduk pribumi yang telah berjaya sehingga ke peringkat Professor.Majlis diserikan dengan persembahan pancaragam, koir,tarian,sajak dan pantun oleh murid-murid. Di akhir majlis, penyampaian hadiah khas disampaikan kepada murid-murid yang telah berjaya dalam UPSR.

Saturday, November 12, 2011

Program Meningkatkan Tahap Kebersihan Dan Kesihatan Diri








Sekolah Kebangsaan Pos Bersih telah mengadakan Kem Meningkatkan Tahap Kebersihan dan Kesihatan Diri Murid Asli pada 11-13 Nov 2011.Kem ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan dan menambah pengetahuan murid dan ibubapa tentang tatacara kebersihan diri. Pengurus kem ialah En Mohd Hafifi Hafiz bin Abdullah dengan dibantu oleh semua guru SKPB. Guru Besar juga turut bersama sepanjang kem disamping berbesar hati menyediakan sarapan pagi untuk guru. Kem ini turut dilawati oleh En Suhaimi bin Sapari, Penolong Pengarah Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dan En Abd Jamil bin Sulaiman, Ketua Unit Latihan , Institut Aminuddin Baki. En Mohd Sayuti Abas, Penolong Pengarah Pemulihan Khas,JPN dan Encik Amran bin Marhamdan dari PPD juga turut hadir memeriahkan aktiviti kem.Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Wednesday, July 13, 2011

Selamat Datang Ke SK Pos Bersih

Selamat datang ke SK Pos Bersih diucapkan kepada Encik Johannis bin Amrin, Guru Besar yang baru untuk SKPB. Semoga dapat melaksanakan amanah dengan cemerlang.

Monday, August 23, 2010

Bengkel Teknik Menjawab UPSR 2010

Pada 30 Julai hingga 1 Ogos yang lalu , 3 buah sekolah telah bergabung untuk melaksanakan Bengkel Teknik Menjawab UPSR 2010 iaitu SK Pos Bersih, SK Nan Kaya dan SK Tenau. Alhamdulillah bengkel berjalan baik.Penceramah bun bagus-bagus.Bukan murid-murid je yang dapat ilmu baru, cikgu-cikgu pun tumpang ilmu baru.Harap ketiga-tiga sekolah akan "success" tahun ni!

Peperiksaan Percubaan UPSR

Keputusan peperiksaan percubaan UPSR SK Pos Bersih sudah pun siap dianalisis. Keputusan sederhana namun mencapai sasaran awal iaitu 3 orang lulus kesemua subjek.Murid yang lulus semua subjek ialah Azlinneay a/l Meli, Suhaimi a/l Yok Zasmi dan Norelein a/l Yok Tok.Setiap murid yang lulus setiap matapelajaran diberi hadiah manakala murid yang lulus semua subjek diberi hadiah tambahan berupa wang tunai RM20 setiap seorang. Diharap murid-murid akan terus berusaha untuk berjaya.Man jadda wajada.