Monday, June 1, 2009

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Cikgu Daan

Pada 30 Mei yang lalu telah diadakan majlis perkahwinan Cikgu Bah Daan di SKPB dan juga di rumah bapa mentuanya di Pos Bersih.Tahniah kerana telah berjaya menamatkan zaman bujang dan juga berjaya memikat anak Yok Terbang(orang kuat Pos Bersih), Nabila. Semoga bahagia selamanya.InsyaAllah nanti akan dimasukkan gambar perkahwinan pasangan bahagia ini.

Perkembangan terbaru SKPB

Alhamdulillah, SKPB sekarang sudah ada kemudahan letrik.Semua guru, murid amat bergembira dengan kemudahan baru ini kerana tidak perlu lagi berpanas dan berpeluh-peluh semasa kelas. Murid-murid dan guru pun lebih selesa nak buat kelas tambahan. Yang terbaru, jalan ke Pos Bersih juga nampaknya sudah dalam proses diturap. Nampaknya bolehlah cikgu-cikgu bawa masuk kereta lawa-lawa lepas ni.Sebelum ni asyik bawa kereta "belasahan" je. SKPB pun dah naik gred. So harapnya dapatlah pertambahan guru nanti. Alhamdulillah....semoga SKPB akan terus maju.

Monday, August 4, 2008

Hari Ko-Akademik




Pada 2 Ogos 2008, SKPB telah mengadakan Hari Ko-Akademik bertujuan untuk mengasah bakat dan kebolehan murid-murid dalam aktiviti persatuan. Diantara aktiviti yang telah dijalankan ialah :
1) Treasure Hunt (Persatuan Bahasa Inggeris & Sains)
2) Pertandingan mendeklamasikan sajak
3) Pertandingan sketsa
4) Pertandingan nyanyian
5) Kenduri buah-buahan tempatan

Friday, July 11, 2008

SOAL JAWAB TENTANG SOLAT 2

Ketika pindah rumah dulu, saya tak tahu arah kiblat untuk solat. Saya pun pakai agak-agak je.Macam mana tu ustaz, sah ke tak sah?

Jawapan : Mengadap kiblat adalah satu perkara penting dalam solat melainkan dalam keadaan tertentu seperti ketika solat khauf dan ketika solat di atas kenderaan. Begitu juga orang yang tidak mampu mengadap kiblat kerana sakit atau diikat.

Dalam hal biasa, wajib mengadap kearah kiblat. Tapi kadang-kadang susah juga hendak mencari kiblat khususnya jika berada di kawasan baru.Sebenarnya banyak strategi bagi mendapatkan arah kiblat. Boleh digunakan kompas atau boleh bertanya jiran yang terdekat. Boleh juga dilihat arah kiblat masjid atau surau berdekatan.Tapi yang pasti arah kiblat di Malaysia adalah sebelah matahari terbenam bukan arah matahari terbit.
Apa pun hendaklah berusaha sedikit bagi mencari arah kiblat. Selepas berusaha dan solat lalu ternyata arah kiblat itu tidak tepat, Allah Maha Kaya lagi Maha Pengampun

Rujukan: Soal Jawab Remeh –Temeh Tentang Solat Tetapi Anda Malu Bertanya;
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

SOAL JAWAB TENTANG SOLAT

Saya terkentut selepas memberi salam yang pertama tetapi belum memberi salam yang kedua. Setahu saya rukun solat tu salam yang pertama, jadi sah atau batal solat saya tu?

Jawapan : Dalam bab kentut , sengaja atau tidak sengaja adalah sama hukumnya iaitu wuduk telah batal.

Maksud memberi salam ialah salam yang pertama. Salam yang pertama adalah rukun solat manakala salam yang kedua bukan rukun solat.Oleh itu, terkentut selepas salam yang pertama tidak memudaratkan solat.Yang mudaratnya ialah terkentut sebelum salam yang pertama. Oleh itu, solat terkentut itu sah. Jadi tak usahlah terus lagi bagi salam kedua. Cukup setakat salam pertama sahaja.

Friday, June 27, 2008

PERTANDINGAN PEMBINAAN BAHAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

Jenis-jenis pertandingan:

1) Pertandingan Pembinaan Bahan P & P berasaskan Power Point Kategori Sekolah Rendah dan Menengah
2)Pertandingan Penghasilan Klip Video Bahan P & P Kategori Sekolah Rendah dan Menengah
3)Pertandingan Penghasilan Klip Video Bahan P & P Kategori Pusat Kegiatan Guru
4)Pertandingan Pembinaan Laman Web Sekolah Kategori Sekolah Rendah dan Menengah
5)Pertandingan Penghasilan Fail Tegak Kategori Sekolah Rendah dan Menengah
6)Pertandingan Fotografi Bertema Kategori Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan PKG.
7)Pertandingan Penghasilan Kiosk PKG Negeri Perak Kategori Pembantu Tadbir PKG Negeri
Perak.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga pendidikan di sekolah-sekolah Negeri Perak.
Penyertaan tidak terhad. Semua penyertaan mestilah disertakan bersama dengan borang penyertaan rasmi dan hendaklah sampai ke Pusat Kegiatan Guru kelompok sekolah peserta pada atau sebelum 31 Julai 2008.

Setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan.
Pemenang bagi setiap kategori akan menerima hadiah sepati berikut :

Pertama = RM 400.00 beserta sijil dan cenderamata
Kedua = RM 300.00 beserta sijil dan cenderamata
Ketiga = RM 200.00 beserta sijil dan cenderamata

Wednesday, June 25, 2008

SKPB hantar wakil untuk Kursus Blog


PKG Slim River telah mengadakan Kursus Penghasilan dan Pengurusan Blog pada 24 dan 25 Jun 2008. Seorang guru telah mengikuti kursus tersebut yang akhirnya menghasilkan laman blog SKPB ini.Terima kasih PKG Slim River dan En "DUN".