Sekolah Kebangsaan Pos Bersih telah mengadakan Kem Meningkatkan Tahap Kebersihan dan Kesihatan Diri Murid Asli pada 11-13 Nov 2011.Kem ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan dan menambah pengetahuan murid dan ibubapa tentang tatacara kebersihan diri. Pengurus kem ialah En Mohd Hafifi Hafiz bin Abdullah dengan dibantu oleh semua guru SKPB. Guru Besar juga turut bersama sepanjang kem disamping berbesar hati menyediakan sarapan pagi untuk guru. Kem ini turut dilawati oleh En Suhaimi bin Sapari, Penolong Pengarah Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dan En Abd Jamil bin Sulaiman, Ketua Unit Latihan , Institut Aminuddin Baki. En Mohd Sayuti Abas, Penolong Pengarah Pemulihan Khas,JPN dan Encik Amran bin Marhamdan dari PPD juga turut hadir memeriahkan aktiviti kem.Terima kasih kepada semua yang terlibat.